A
S
S
A
L
A
M
U
A
L
A
I
K
U
M
R
E
A
D
E
R
S

Ya Allah, Ya Tuhan Ku. Wednesday, 15 May 2013


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم - Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Ya Allah Tuhan yang telah memberikan kehidupan ini, yang telah meminjamkan jasad ini. Aku berserah hidup dan mati hanya pada-Nya. Aku bersumpah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT.

Segala pujian bagi Allah, tuhan semester alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Yang menguasi hari pembalasan. Hanya kepada Engkau lah kami menyembah dan hanya kepada Engkau lah kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. iaitu, jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Ameen. (Surah: Al-Fatihah)

Alhamdulillah, Tuhan masih mengingati aku kerana Dia hati aku terdetik untuk mula berhijrah. Walaupun masih bertatih tetapi aku yakin Dia pasti membantu aku, walaupun masih belum sempurna cara aku menutup aurat tetapi aku bersyukur kerana Dia masih memberi aku ruang untuk memperbaiki diri aku ini seadanya. Ya Allah, rasa sebak dihati ni bila melihat diri aku yang dulunya yang selalu melakukan dosa yang khilaf dan alpa pada dunia yang hanya sementara. Semoga dosa-dosa aku yang terdahulu dan yang sembunyi mahupun yang terbuka diampunkan oleh Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dosa-dosa, Allahu. Semoga jua Dia menerima perubahan aku ni walaupun aku tidak lah sesempurna bidadari syurga dan tidak seperti wanita-wanita yang lebih dalam ilmu agamanya dan menutup aurat dengan sempurna, tapi aku yakin ada jalan untuk aku menjadi seperti mereka, InshaAllah Dengan Izin Allah :")

"Ya Allah, Engkau bantu lah hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini untuk berubah ke jalan yang Engkau redhai, Engkau tunjukkan hambaMu ini Hidayah dan jangan lah kau pesongkan diri ini setelah Engkau berikan aku Hidayah" . Ameen Ameen Ya Rabb :'(



Wednesday, May 15, 2013

My Profile

Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan disembah Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai seorang Islam yang hanya menyembah Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Telah banyak nikmat yang telah Dia berikan kepadaku sehingga tidak terucap dengan kata-kata. Hanya dengan mensyukuri segalanya aku berserah takdirku kepada Allah SWT yang satu. Semoga aku menjadi seorang muslimah yang mukminah yang sentiasa taat pada perintah-Nya. Ameen Ameen Ya Rabb. Salam ukhuwah Fillah abadan abada kepada pembaca-pembaca yang sudi melawat blog ni :) TheFadingNight.

Archives

By Recent Posts:
  1. May 2013

By Monthly Archive: • Ya Allah, Ya Tuhan Ku.
Alhamdulillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Peny...

All material © MuslimYoungGirl 2011.
Powered by Blogger.
Home
FollowAna